Selamat Hari Lahir Sahabat....
12 years ago
AlL StOrY AbOuT OuR LiFe & aNyThIng BeCaUse ShARiNg Is CaRiNg
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selamaini semata-mata buat mu, itulah hati & cinta ku, membuatkan akutersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik ibu sejak kecilagar menjaga maruah dan mahkota diri ku kerana Allah telahmenetapkannya untuk mu suatu hari nanti. Kata ibu, "Tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehinggaseorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari kami.", jadi kautelah wujud di dalam diri ku sejak dulu lagi.Sepanjang umur ku ini, aku menutup pintu hati ku daripada mana-manalelaki kerana aku tidak mahu membelakangi mu. Aku menghalang diri kudaripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenalilelaki lain selain mu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah akusedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulan ku dengan bukan mahramku. Aku lebih bersifat ‘perumahan’ kerana rumah itu tempat yang terbaikbuat seorang wanita.Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantikdi mata mu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan akuhanya boleh menjadi milik mu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadirebutan lelaki bahkan, berasa terhina diperlakukan sebegitu,seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yangdikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak, andai disoal.Adakah itu sumbangan ku kepada manusia selama hidup ini di muka bumi?Kalau aku tidak ingin kau memandang wanita lain, aku dululah yang perlumenundukkan pandangan ku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghiasperibadi ku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku ingin lelakiyang baik menjadi suami ku, aku juga perlu menjadi wanita yang baik.Bukankah Allah telah menjanjikan wanita yang baik untuk lelaki yangbaik?Tidak ku nafikan sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangidan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kaliitulah aku mengingatkan diri ku bahawa aku perlu menjaga perasaan itukerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seseorang lelakiyang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yangsuci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki yang lain. Lelaki ituberhak mendapat kasih sayang yang tulen, bukan yang telahdibahagi-bahagikan.Aku tertanya-tanya, adakah aku berada di tebing kebinasaan? Akuberistighfar memohon keampunanNya. Aku juga berdoa’, agar Diamelindungi ku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan akusentiasa memikirkan mu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersama ku. Dimana sahaja ku berada, akal sedar ku membuat perhitungan dengan mu.Namun, aku juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yangbakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpin ku ke arah tuju yang satu.Tidak perlu kau mempunyai wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampumendebarkan jutaan gadis untuk membuat ku terpikat. Andainya kaulahjodoh ku yang telah tertulis di luh mahfuz, Allah pasti mencampakkanrasa kasih di dalam hati ku, jua hati mu kali pertama, kitaberpandangan. Itulah janji Allah.Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itujanganlah kau zahirkan perasaan itu kepada ku, kerana kau masih belumberhak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telahditetapkan syara’.Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalamkehidupan kita kelak. Permintaan ku tidak banyak, cukuplah diri mu yangdiinfaqkan seluruhnya pada mencari keredhaan Illahi. Aku akan berasaamat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuanganmu.Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi, kiranya akulah yang ditakdirkanmeniup semangat juang mu, menghulurkan tangan ku untuk mu berpautsewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengankemenangan atau syahid itu.Akan ku kesat darah dari luka mu dengan tangan ku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkanseluruh cinta mu kepada ku. Bukan itu yang ku impikan. Cukuplah kaumencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah,kau akan mencintai ku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cintainsan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembalidi syurga.Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengankesenangan yang telah diberikan ibu bapa ku dulu. Apa guna menimbunharta untuk kemudahan ku sekiranya harta itu akan membuat kau dan akulupa tanggungjawab mu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihat mubegitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebihbermakna bagi ku.
Posted by Myrol dan Myra at 11:31 PM
0 comments:
Post a Comment